KPT buat kajian menyeluruh mengenai kemampanan dana PTPTN

Iklan
Setakat ini, jumlah keseluruhan hutang PTPTN dilaporkan mencecah RM40 bilion termasuk tunggakan bayaran sebanyak RM11 bilion. Gambar hiasan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanakan kajian menyeluruh bagi memastikan kedudukan kewangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kekal mampan untuk tempoh jangka panjang.

Menurut KPT, langkah itu selari dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan menilai semula kadar pinjaman serta terma pembayaran balik PTPTN bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung peminjam.

Iklan
Iklan

"Kajian ini penting bagi memastikan sistem pembiayaan pendidikan tinggi negara kekal mampan dan inklusif, serta memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda melanjutkan pelajaran tanpa halangan kewangan," kata KPT dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KPT turut menzahirkan keprihatinan terhadap rungutan pelajar berhubung kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian dan menyeru institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah seliaannya memperluas bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Iklan

Setakat ini, jumlah keseluruhan hutang PTPTN dilaporkan mencecah RM40 bilion termasuk tunggakan bayaran sebanyak RM11 bilion.

Sehubungan itu, PTPTN akan meneruskan pendekatan rundingan secara fleksibel dengan peminjam bagi memudahkan proses pembayaran balik tanpa menambah tekanan terhadap komitmen kewangan sedia ada.

Iklan

"Pendekatan penuh empati ini mencerminkan nilai-nilai teras Malaysia Madani, khususnya prinsip ihsan dan merupakan langkah penting ke arah memastikan pendidikan tinggi negara kekal inklusif, mampan dan berdaya saing," jelas kenyataan itu lagi.