Kelab Warisan UTHM hulur sumbangan ringankan beban asnaf

Iklan
Sebahagian asnaf yang menerima sumbangan daripada UTHM baru-baru ini.

Kelab Warisan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan, Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti telah menyantuni asnaf di beberapa negeri melalui Program Khidmat Masyarakat (CSR) Bantuan Ramadan dan Hari Raya Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

Majlis tertinggi Kelab Warisan bersama Penasihat Kelab, Rosdi Abdullah telah memilih kumpulan asnaf di beberapa negeri untuk menerima bantuan berupa makanan seperti beras,gula dan tepung.

Iklan
Iklan

Pengerusi Kelab Warisan, Aiman Syauqie telah menyalurkan sumbangan tersebut di Kota Bharu, Kelantan dan Majlis Tertinggi Kelab Warisan yang lain pula menyampaikan sumbangan kepada asnaf di beberapa negeri iaitu di Pusa, Sarawak; Klang, Selangor; Kuala Berang, Terengganu; Lawas, Sarawak dan Gelang Patah, Johor.

Manakal Rosdi membuat agihan kepada asnaf di daerah Batu Pahat, Johor.

Iklan

Menurut Aiman, pelaksanaan program seperti itu sangat bermakna kepada dirinya dan rakan-rakan terlibat kerana pelajar UTHM bukan sahaja perlu hebat dalam kemahiran teknikal dan kejuruteraan tapi harus mempunyai jati diri dan nilai kemanusiaan yang tinggi.

"Mahasiswa hebat bukan sahaja perlu menguasai ilmu pendidikan di dalam kelas sahaja, tetapi juga perlu meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing agar menjadi graduan yang kompeten dan memenuhi kehendak pasaran kerja," katanya dan berharap sumbangan seumpama itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan asnaf dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Iklan