Bakat luar biasa anak Disleksia

Iklan

Di mata umum, senyuman ceria seorang pelajar mungkin menjadi simbol kebahagiaan dan kejayaan.

Namun, di sebalik keceriaan itu, tersembunyi cabaran yang jarang disedari terutama bagi mereka yang menempuh laluan pembelajaran berbeza berbanding pelajar arus perdana.

Iklan
Iklan

Disleksia, sejenis gangguan pembelajaran yang sering disalah anggap, memberi kesan langsung kepada keupayaan membaca, menulis dan memahami bahasa.

Hakikatnya, fizikal penghidapnya tampak seperti kanak-kanak lain yang normal, menyebabkan ramai tidak menyedari kehadiran cabaran ini.

Iklan

Namun, disleksia bukan tanda kelemahan, ia cara otak memproses maklumat secara berbeza dalam ayat mudah iaitu unik dan istimewa.

Di sebalik label itu, ada anak-anak yang luar biasa bakatnya, seperti Nur Marissa Hana Anuar, 12, menemui kekuatan diri dalam dunia seni.

Iklan

Ikuti kisah inspirasi adik Marissa kali ini di Sinar Bestari!