Lawatan akademik pelajar kewartawanan USM ke Thailand perkasa skil penulisan

Iklan
Pelbagai pengalaman bermakna dan ilmu bermanfaat berjaya diperoleh oleh para peserta sepanjang lawatan akademik ini berlangsung.

Seramai 48 pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) mengikuti lawatan akademik ke Hatyai, Thailand baru-baru ini.

Program yang dianjurkan Pusat Pengajian Komunikasi (PPK) USM melalui kursus Kewartawanan Berasaskan Pengetahuan itu bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah dan pendedahan dunia sebenar kepada pelajar tahun dua dalam bidang kewartawanan.

Iklan
Iklan

Malah, ia juga membolehkan mereka menjalankan kajian lapangan dan mendapatkan pendedahan tentang keadaan sebenar perkembangan industri pelancongan makanan di Thailand untuk dijadikan sumber informasi dan rujukan bagi projek penulisan laporan khas nanti.

Menurut Ketua Penyelaras Kursus, Profesor Madya Dr Mohamad Saifudin Mohamad Saleh, program seperti ini merupakan kali kedua diadakan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2024.

Iklan

"Tahun lalu, pelajar kewartawanan yang mengikuti kursus berkenaan telah dibawa ke Pusat Konservasi Orang Utan di Bukit Merah, Semanggol, Perak untuk menjalani kajian lapangan sebagai asas penulisan mereka.

"Mereka begitu teruja dan memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap peluang merasai pengalaman unik ‘kembara dan tulis’ iaitu sebuah pendekatan pembelajaran yang membezakan kursus ini daripada kursus-kursus lain.

Iklan

"Kejayaan program ini turut didorong oleh sokongan padu daripada PPK khususnya Dekan, Profesor Madya Dr Bahiyah Omar yang telah menyediakan bantuan kewangan tambahan kepada pelajar, sekali gus merealisasikan impian mereka untuk belajar di luar bilik kuliah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program, Umar Norli Hisham menyifatkan lawatan akademik tersebut dapat meningkatkan pemahaman dan pengalaman mengenai budaya masyarakat serantau khususnya yang berkait dengan industri pelancongan makanan di Thailand.

"Saya berharap agar kursus ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya lebih ramai pelajar kewartawanan mendapat manfaat dan pengalaman belajar di luar bilik kuliah dan bekerja secara berkumpulan di lapangan," ujarnya.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Perhubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial (FKSS), Thaksin University, Songkhla, Thailand, Assistant Professor Dr Tanapat Temrattanakul menyambut baik lawatan tersebut yang dilihat dapat dijadikan peluang menjalin kerjasama akademik antara kedua-dua institusi yang terletak berdekatan antara satu sama lain.

"Melalui lawatan ini, kedua-dua pihak dijangka dapat menyelami budaya masing-masing dengan lebih mendalam menerusi pertukaran maklumat berkaitan pelancongan makanan dan pelbagai pengalaman menarik yang dikongsi bersama.

"Pihak fakulti amat optimis terhadap potensi jalinan kerjasama ini untuk terus berkembang selaras dengan matlamat bersama dalam memperkasa pembangunan akademik para pelajar dan pensyarah pada masa akan datang," katanya selaku Ketua Program bagi Media dan Kajian Budaya di FKSS