Pelajar Sabah menang pertandingan ucapan antarabangsa

Iklan
Nur Nadiirah Naquyyah berjaya memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan ucapan peringkat antarabangsa.

Pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau melakar kejayaan membanggakan apabila meraih tempat ketiga pada pertandingan Conversation on Conflict, anjuran Never Such Innocence yang berpusat di United Kingdom (UK).

Lebih mengagumkan, Nurul Nadiirah Naquyyah Jusinin, 18, merupakan satu-satunya rakyat Malaysia menempa nama dalam pertandingan yang mendapat penyertaan daripada seluruh dunia dalam empat kategori umur dari 11 hingga 18 tahun.

Iklan
Iklan

Keputusan pertandingan itu diumumkan secara rasmi pada 18 April lalu menerusi laman sesawang pihak penganjur.

Nurul Nadiirah Naquyyah yang juga pelajar tahun ketiga jurusan Teknologi Elektrik di KV Keningau menyertai kategori ucapan bertulis dan rakaman video bagi kategori lingkungan umur 16 hingga 18 tahun.

Iklan

"Tajuk ucapan saya ialah To Thwart a War is to Educate the Young yang menekankan kepentingan pendidikan dalam membentuk generasi muda supaya mampu menangani konflik secara aman.

"Ia juga bertujuan menanamkan nilai kemanusiaan sejagat,” katanya kepada Sinar Bestari pada Selasa.

Iklan

Untuk rekod, tempat pertama kategori tersebut dimenangi peserta dari Amerika Syarikat, manakala tempat kedua diraih peserta dari England.

Nur Nadiirah Naquyyah kongsikan teks ucapannya.

Nurul Nadiirah Naquyyah meluahkan rasa gembira dan terharu dengan pencapaian itu, selain tidak menyangka dia mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

"Pertandingan ini sangat sengit dan saya sendiri tidak menjangka tersenarai sebagai pemenang kelompok tiga teratas.

"Saya berasa amat bersyukur dan bangga kerana dapat membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Nurul Nadiirah Naquyyah atas kejayaan yang membanggakan negara dan institusi pendidikan tersebut.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar vokasional juga mampu bersaing di peringkat global.

"Ia turut menyokong misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan kolej,” ujarnya.

Jelas beliau, pihak kolej akan terus memberi galakan kepada pelajarpelajar untuk menyertai pertandingan seumpama itu bagi melahirkan generasi berdaya saing dan berfikiran global.