'Tiada istilah lambat untuk sambung belajar.' Ini pesanan Tomok buat pelajar!

Iklan
Tomok membuat persembahan semasa Rumah Terbuka KPT baru-baru ini.

Umur bukan penghalang buat figura seni tanah air, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 41, untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana.

Beliau ketika ditemui Sinar Bestari dalam program Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini menyampaikan pesanan kepada masyarakat untuk terus menimba ilmu meskipun sibuk dengan kerjaya mahupun komitmen keluarga.

Iklan
Iklan

"Tiada istilah lambat. Sampai umur 50 atau 60 pun juga masih boleh belajar.

"Jadi, tiada masalah untuk kita, yang penting usaha. (kerana) Kita mahu menjayakan diri sendiri, nak upgrade diri kita menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelum ini.

Iklan

"Saya rasa Insyaa-ALLAH semangat itu akan datang. Saya yakin orang lain boleh buat. Kalau saya boleh, orang lain pun boleh!” katanya.

Sebelum ini, Tomok berkongsi tangkap layar di media sosialnya memaparkan tawaran kemasukan bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.

Iklan

Ditanya mengenai keputusannya memilih UPSI sebagai institusi untuk menyambung pelajar, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ menjelaskan bahawa ramai profesor mahupun pensyarah yang berkelayakan yang mampu membantu sepanjang pembelajarannya.

"Saya rasa seronok kerana belajar dalam bidang saya iaitu seni persembahan. Saya buat perkara yang saya suka.

"Alhamdulillah, saya tak sabar nak tahu apa langkah atau aktiviti seterusnya apabila berada di UPSI.

"Saya harapkan saya dapat buat yang terbaik dan mampu habiskan master dengan cepat,” katanya.