Seramai 300 pelajar dari 20 sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan terpilih menyertai Interact Leadership Training Seminar 2025 di Asia Pacific Schools, Subang, Selangor baru-baru ini.
Antara sekolah yang mengikuti program anjuran Kelab Rotary Subang adalah Frontier International Secondary School; ELC International School (Sungai Buloh); Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama; SMK (P) Methodist, ELC International School (Cyberjaya); Bukit Bintang Boys Secondary School; Harvest International School, Meadow Oaks International; IGB International School dan St John International School.
Turut serta Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hwa Lian; Asia Pacific Schools; Sekolah Menengah Sri UCSI; SMK Taman Sea, SMK Seksyen 19 Shah Alam; Taylor’s International School Puchong; Sekolah Menengah Chung Hua (P) Klang; Pulau Sebang Secondary School; SMK La Salle, Petaling Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Kajang.
Interact Leadership Training Seminar 2025 dihadiri beberapa tetamu kehormat antaranya Gabenor Rotary International District 3300 Malaysia, Arvind U Gopi Kumar selaku perasmi program.
Penaung Diraja Daerah Rotaract 3300 Malaysia Tunku Zain Al’ Abidin turut hadir dalam acara ini sekali gus menyampaikan ucapan tentang kepentingan kepimpinan dan tanggungjawab sivik dalam kalangan belia.
Terdahulu, Kelab Rotary Subang memainkan peranan aktif dalam membangunkan golongan belia dengan menyediakan platform kepada mereka untuk berkembang, memimpin dan membuat perubahan dalam komuniti.
Melalui seminar-seminar seperti Interact Leadership Training Seminar 2025, Kelab Rotary Subang terus membina jambatan antara generasi, memupuk nilai integriti, kerjasama dan perkhidmatan sepanjang hayat.