Bantuan segera akan disalur kepada SMK Tinggi Setapak - Menteri Pendidikan

Iklan
91 pelajar SMK Tinggi Setapak dilaporkan selamat kerana berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak. Gambar kecil: Fadhlina

"Saya telah mendapat perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Tinggi Setapak.

"Tumpuan pada waktu ini adalah untuk memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Iklan
Iklan

"Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua yang terlibat terpelihara,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa.

Beliau berkata demikian susulan insiden kebakaran melibatkan blok bangunan asrama sekolah tersebut pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, sebuah blok asrama pelajar lelaki dari SMK Tinggi Setapak terbakar sekitar pukul 8.30 malam.

91 pelajarnya dilaporkan selamat kerana berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak.

Iklan

Menurut Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.43 malam sebelum 40 anggota bersama lapan jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan asrama lelaki sekolah itu dan berjaya dikawal pada pukul 9.40 malam. Ia mengakibatkan kemusnahan sebanyak 80 peratus bahagian asrama berkenaan.

"Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan selamat. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam satu kenyataan.