Anak Terengganu rangkul tempat pertama terbaik Malaysia & ketiga terbaik dunia dalam subjek Recording Financial Transactions! 'Pelajar UiTM tak pernah tak hebat'

Iklan
Semoga kejayaan Ahmad Nur Iman ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh pelajar Malaysia untuk terus membuktikan bahawa anak tempatan juga mampu bersaing dan cemerlang di persada antarabangsa. Foto: Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Anak jati dari Kampung Telaga, Hulu Terengganu, Terengganu, Ahmad Nur Iman Ahmad Fauzi muncul antara pelajar terbaik Malaysia dan dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Ahmad Nur Iman telah meraih tempat pertama terbaik di Malaysia dan ketiga terbaik di dunia bagi subjek Recording Financial Transactions (FA1).

Iklan
Iklan

Kejayaan penerima biasiswa Yayasan Terengganu (Asasi Perakaunan) itu bukan sahaja membuktikan keberkesanan program malah memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berkualiti dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan rasa bangga dan gembira terhadap pencapaian luar biasa Ahmad Nur Iman yang berjaya mengharumkan nama Terengganu.

Iklan

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar cemerlang itu atas kecemerlangannya merangkul tempat pertama di Malaysia dan ketiga di peringkat antarabangsa dalam FA1.

"Sebagai pelajar tajaan Yayasan Terengganu, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan keluarga dan institusi, malah mengharumkan nama negeri di persada dunia.

Iklan

"Semoga pencapaian ini memberi inspirasi kepada semua pelajar agar terus berusaha mengejar kecemerlangan dalam bidang masing-masing," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.