Sebanyak 16 buah sekolah menengah dari seluruh daerah Manjung bakal berentap dalam Kejohanan Futsal Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Manjung Bawah 18 Tahun (B-18) 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Mei ini.
Kejohanan yang kembali dianjurkan selepas kali terakhir diadakan pada 2014 itu dijangka menyaksikan persaingan sengit apabila menyajikan aksi berkualiti dan penuh semangat kesukanan daripada bakat-bakat muda.
Perlawanan peringkat kumpulan hingga suku akhir akan dilangsungkan di dua lokasi utama iaitu Gelanggang Futsal Fasa 3C dan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, manakala separuh akhir dan aksi final akan diadakan di Manjung Indoor Sports Arena (MISA) yang menjanjikan pengalaman kompetitif dalam suasana lebih profesional dan eksklusif.
Kejohanan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Manjung ini menggunakan format liga satu pusingan, membabitkan empat kumpulan dengan empat pasukan setiap satu. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.
Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk SMK Seri Manjung, SMK Ahmad Boestamam, SMK Kg Dato’ Seri Kamaruddin, SMK Raja Shahriman, Kolej Vokasional Seri Manjung, SMK Pangkalan TLDM, Maahad Islamiyah Addaniyah, SMK Methodist ACS Sitiawan dan SMJK Nan Hwa.
Semua perlawanan akan dilangsungkan mengikut format ‘running time’ selama 20 minit setiap separuh masa serta mematuhi peraturan ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Hari pertama kejohanan akan menyaksikan setiap pasukan beraksi dua perlawanan pada 13 Mei diikuti baki perlawanan kumpulan serta aksi suku akhir pada 14 Mei. Separuh akhir dijadual berlangsung pagi 15 Mei manakala perlawanan akhir dijadualkan pada jam 4 petang hari sama.
Kejohanan ini turut mendapat tajaan daripada Al Kauthar Eduqids (AKE), Extravaganza Futsal Shop (EFS), Lumut Naval Shipyard (LUNAS) dan Millenials yang turut memainkan peranan dalam mencungkil bakat baharu futsal peringkat daerah.
Ia juga dijangka menarik perhatian warga sekolah, jurulatih dan pencari bakat yang mahu menyaksikan kemunculan bintang baharu dalam arena futsal tempatan.