Seramai 40 pelajar Majlis Perwakilan Kolej Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan program menangkap udang kara di Kampung Parit Kelantan, Ayer Hitam, Johor baru-baru ini.
Dengan kolaborasi 40 mahasiswa Majlis Kepemimpinan Pelajar Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melindungi spesies terancam dan mengimbangi ekosistem parit di kampung itu.
Pengarah Program Future Guardians, Nur Amirah Isahak berkata, udang kara kini menjadi ancaman serius kepada ekosistem air tawar di kawasan berkenaan.
"Ia dianggap inversi kerana boleh mengancam kepupusan spesies tempatan seperti ikan keli, ikan haruan dan ikan sepat yang semakin sukar ditemui.
"Squad Putra ini juga menjalankan aktiviti pembersihan kawasan di sekitar Ayer Hitam seperti surau berhampiran Kompleks Komuniti Ayer Hitam dan Pusat Pameran Konservasi Ikan Betta Persephone Ayer Hitam untuk memastikan keselesaan penduduk sekitar kawasan ini,” katanya.
Tambah Nur Amirah, program kolaborasi daripada pelbagai universiti seharusnya diteruskan supaya dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dan memastikan kesejahteraan dalam negara.
Katanya, kesedaran mahasiswa dalam memelihara kelestarian alam sekitar adalah penting.
Melalui inisiatif sebegini, institusi pendidikan bukan sahaja memainkan peranan sebagai pusat keilmuan, tetapi juga sebagai agen perubahan yang prihatin terhadap kesejahteraan alam sekitar.