Pelajar Pusat Permata@Pintar Negara (PPPN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sememangnya tidak pernah mengecewakan.
Mereka bukan sahaja dikenali sebagai pelajar yang genius, luar biasa dan berbakat besar, malah turut menyerlah dalam pelbagai bidang seperti akademik bertaraf dunia hinggalah kepada kokurikulum, kepimpinan dan inovasi.
Apa yang lebih membanggakan, ramai dalam kalangan alumni PPPN kini menjadi kebanggaan negara apabila diterima masuk ke universiti-universiti berprestij dunia seperti University of Oxford, University of Cambridge (Oxbridge), Imperial College London dan University of Sydney.
Terbaharu, seramai 12 alumni mereka telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke universiti luar negara.
Menurut perkongsian PPPN di Instagram pada Rabu, semua bekas pelajar menggunakan kelayakan Permata@Pintar High School Diploma (HSD) sebagai penilaian.
Mereka yang terpilih terdiri daripada:
1) Mohamad Amar Amali Halimin mendapat tiga tawaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia dengan Kajian Industri iaitu
- University of Edinburgh, Scotland
- University of Bath, England
- University of Birmingham, England
2) Amirul Hakimi Noor Azman (University of Nottingham, England dalam bidang Undang-Undang)
3) Adib Asyraf Abdul Aziz mendapat empat tawaran jurusan Kejuruteraan Kimia
- University Sheffield, England
- University of Leeds, England
- University College London, England
- University of Minnesota-Twin Cities, Amerika Syarikat
4) Nur Alya Maisarah Erno Zan (University of Glasgow, Scotland, Sains Komputer)
5) Muhamad Aniq Haziq Izwanizam (University College London, England, bidang Sains Data)
6) Dalili Syahmina Mahadi
- Swansea University Prifysgol Abertawe (Sains Aktuari)
- University of Kent, England (juga Sains Aktuari)
7) Muhammad Darwish Iman Azhar (Durham University, Sains Komputer)
8) Noralia Arman (University of Toronto, Kanada, Sains Hayat)
9) Muhammad Zaim Azfar Azhar (University of Glasgow, Scotland, Kejuruteraan Mekanikal)
10) Muhammad Zaim Haqeem Zulmahilan
- University of Sydney, Australia (Kejuruteraan Perisian
- University of New South Wales, Australia (juga Kejuruteraan Perisian
- The University of Melbourne, Australia (Ijazah dalam Reka Bentuk (Pengaturcaraan Komputer)
11) Nurul Iman Muhammad
- King’s College London, University of London, England (Kecerdasan Buatan)
- University of Birmingham, England (Kecerdasan Buatan dan Sains Komputer)
12) Aqiel Hilmi Abd Halim
- University of Southampton, England (Kejuruteraan Mekanikal dengan Pengajian Industrialis)
- University of Glasgow, Scotland (Kejuruteraan Mekanikal dengan Aeronautik)
- University of Edinburgh, Scotland (Kejuruteraan Mekanikal)
Semoga peluang dan ruang yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja untuk mengembangkan potensi diri malah mencipta kejayaan lebih membanggakan kelak.