Asrama, kelas dan dewan makan merupakan fasiliti penting bagi membantu pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Aqil meningkatkan pembelajaran mereka.
Mudir Maahad berkenaan, Mohd Iqbal Adham Insanizdihar bagaimanapun berkata, kekangan kewangan menjadi faktor penyediaan kemudahan asas tersebut tidak dapat dibina sepenuhnya.
Menurut beliau, sehingga kini pihak pengurusan berusaha mencari lebih banyak dana untuk tujuan berkenaan.
"Kos yang diperlukan setakat ini ialah lebih RM9,000," katanya.
Beliau memberitahu, dana berkenaan juga boleh menampung kos pengurusan dan operasi selain untuk keperluan serta kelengkapan pelajar.
Tambah beliau, pihaknya menyasarkan kempen infak dapat mengumpul antara RM15 hingga RM30 bagi seorang penyumbang.
Dalam pada itu, maahad membuka peluang kepada pelajar lelaki berusia 12 hingga 15 tahun yang berminat untuk belajar tahfiz secara sepenuh masa.
Orang ramai yang mahu berkongsi rezeki dan berinfak boleh menghubungi Mohd Iqbal di talian 016-420 7891 atau salurkan terus ke akaun Bank Rakyat bernombor 1102098325 atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Aqil.