Guru cipta inovasi tarik minat pelajari subjek Sejarah

Iklan
Cikgu Mohd Zulhelmi (dua dari kiri) bersama pasukan pelajar SMK Tiram Jaya yang merangkul pingat emas dalam IICE baru-baru ini.

Berdepan sebahagian besar pelajar yang mengakui berasa bosan dengan subjek Sejarah, mencetuskan idea buat seorang guru menciptakan Papan Permainan Sejarah.

Cikgu Mohd Zulhelmi Mansor yang merupakan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya, Selangor berkata, penghasilan inovasi itu disebabkan menerima maklum balas menghampakan tentang subjek tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau yang mencetuskan idea sejak tahun 2020 berkata, Papan Permainan Sejarah dihasilkan sebagai alat bantuan mengajar terhadap pelajar terutama kelas peperiksaan.

"Inisiatif ini berjaya mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dengan dibuktikan penyelidikan akademik yang diadakan oleh dua kumpulan penuntut Ijazah Sarjana Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah seliaan Profesor Datuk Dr Abdul Razak Ahmad dan Dr Mohd Mahzan Awang di beberapa sekolah sekitar Selangor.

Iklan

"Perancangan masa depan bahan ini boleh diterbitkan dan dimiliki oleh semua sekolah sekali gus dijadikan pertandingan ko-akademik mata pelajaran Sejarah peringkat daerah, negeri atau kebangsaan,” katanya kepada Sinar Bestari.

Lebih mengujakan, inovasi kedua dijangka siap pada 2026 dan mengharapkan ada pihak akan menerbitkannya sebagai tanggungjawab sosial bagi menyokong usaha murni demi perpaduan negara ini.

Iklan

Menjadi detik bersejarah sejak penubuhannya, SMK Tiram Jaya pertama kali memenangi pingat emas dalam Pertandingan International Innovation and Invention Competition UTHM (IICE) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Cikgu Mohd Zulhelmi berkata, kejayaan berkenaan merupakan hasil usaha dan perancangan rapi melibatkan empat pelajar di bawah bimbingannya.

"Pelajar ini terdiri daripada Aleesya Dahiya Ahmad Suandi, Nur Amirah Batrisyia Samsudin, Rutra Tharmalingam dan Muhammad Hidayat Abdullah.

"Hasil penyelidikan berkenaan juga menyimpulkan penggunaan alat bantu mengajar inovasi telah berjaya menarik minat murid untuk belajar Sejarah,” katanya.