PIBG digesa main peranan tanggani isu keciciran murid - Fokal Person

Iklan
Mohammad Arif (dua dari kiri) ke Pulau Gaya untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pulau Gaya baru-baru ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digesa agar memainkan peranan lebih proaktif dalam menangani isu keciciran murid khususnya di kawasan pinggir dan luar bandar.

Fokal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, ibu bapa perlu sentiasa memantau perkembangan pendidikan anak-anak agar tidak tercicir daripada persekolahan.

Iklan
Iklan

"PIBG bukan sekadar platform pertemuan tahunan, tetapi menjadi penghubung penting antara pihak sekolah dan ibu bapa.

"Peranan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyokong usaha memastikan semua murid terus mendapat akses pendidikan berkualiti," katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.

Mohammad Arif

Iklan

Tambah beliau, usaha menggalakkan kehadiran murid ke sekolah adalah antara langkah penting bagi mengurangkan kadar keciciran terutama di sekolah-sekolah luar bandar yang berdepan pelbagai cabaran geografi dan sosioekonomi.

"Fokal Person sentiasa bersedia menyokong apa juga program dan inisiatif yang digerakkan oleh PIBG khususnya yang memberi fokus kepada pembangunan pendidikan dan peningkatan pencapaian murid," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Mohammad Arif turut menyatakan harapannya agar SK Pulau Gaya dapat terus meningkat dari segi pencapaian akademik dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kira-kira 700 ibu bapa dan penjaga yang hadir ke mesyuarat berkenaan sekali gus mencerminkan komitmen tinggi komuniti terhadap pendidikan anak-anak mereka.