3 pelajar UTHM raih anugerah dalam MR DIY Art Competition 2025

Iklan
Kejayaan diraih tiga anak muda ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen UTHM dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut memiliki bakat luar biasa dalam bidang kreatif dan inovatif.

Tiga pelajar Diploma Teknologi Animasi, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih anugerah ketika menyertai MR DIY Art Competition 2025 di KEN Gallery, Menara Ken TTDI, Kuala Lumpur.

Muhammad Hariz Mohd Najib telah menerima Creative Artist Award melalui karya bertajuk Jejak Perpaduan sekali gus membawa pulang wang tunai RM4,000.

Iklan
Iklan

Manakala Ainin Sofiya Saharuddin dengan karya Jiwa dan Mohammad Yasin Mohd Salleh (The Birds of Malaysia), masing-masing menerima Spotlight Award dan membawa pulang RM3,000 setiap seorang.

Anugerah disampaikan oleh tokoh-tokoh penting dari syarikat MR DIY Trading Sdn Bhd iaitu Presidennya, Henry Woon; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR DIY, Zaleha Mohd Mydin dan dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MR DIY iaitu Profesor Dr Ong Teng Aik dan Datuk Seri CP Loo.

Iklan

Turut hadir meraikan kejayaan para pelajar UTHM adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts Dr Rabiah Ahmad FASc; Dekan Pusat Pengajian Diploma, Dr Muhammad Faizal Ismail dan pensyarah Mokhtar Yahya (selaku pembimbing kepada pelajar dalam projek akhir kursus Asas Seni Lukis dan Senireka).

Kejayaan diraih ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen UTHM dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut memiliki bakat luar biasa dalam bidang kreatif dan inovatif.

Iklan