Ekspedisi jejak kelulut dengan berkayak, hargai flora fauna

Iklan
Peserta berpeluang menyelusuri Sungai Berang dengan berkayak.

Seramai 25 peserta menyertai ekspedisi menjejak kelulut Sungai Berang, Terengganu dengan menggunakan kayak untuk mencabar fizikal dan memberi perhatian terhadap khazanah biodiversiti tempatan.

Aktiviti berkenaan dilaksanakan sempena Hari Lebah Sedunia pada 20 Mei setiap tahun dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Menerong, Madu 2 Hulu bersama Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Seramai 25 peserta menyertai ekspedisi menjejak kelulut Sungai Berang, Terengganu dengan menggunakan kayak untuk mencabar fizikal dan memberi perhatian terhadap khazanah biodiversiti tempatan.

Iklan
Iklan

Program tersebut diketuai Penyelidik Lebah Kelulut UMT, Profesor Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata, ia merupakan aspirasi dalam mendidik masyarakat terutama golongan muda dalam menghargai flora fauna yang menyumbang terhadap kelestarian alam.

Katanya, sambutan Hari Lebah Sedunia itu bertujuan menggesa masyarakat untuk mengambil langkah aktif dalam memelihara populasi lebah yang semakin terancam akibat perubahan iklim, pencemaran dan kehilangan habitat.

Peserta memasuki hutan untuk mencari kelulut.

Iklan

"Sepanjang menyusuri Sungai Berang, peserta akan berhenti di beberapa ‘check point’ dan ke tebing sungai bagi menjejak kelulut, memerhati tumbuhan kering dan belajar tentang ekologi sungai,” katanya.

Lebih mengujakan, peserta ekspedisi kali ini menemui spesis lebah yang jarang dijumpai iaitu Homotrigona Anamitica (ditemui kali pertama di Malaysia pada tahun 1909).

Renger hutan memberikan penerangan tentang kelulut.

Iklan

Dengan pendekatan yang menyatukan aktiviti lasak, pendidikan alam sekitar dan sains biodiversiti, program tersebut membuka ruang kepada generasi kini untuk lebih menghargai peranan lebah dalam kelangsungan hidup manusia serta alam.