SBE UPM terima pengiktirafan AMBA, lengkapkan status Triple Crown Accreditation bertaraf dunia

Iklan
SBE UPM yang merupakan sekolah peniagaan dan ekonomi pertama serta satu-satunya di Malaysia muncul antara 120 sekolah perniagaan di dunia (daripada lebih 13,000 institusi) yang memperoleh pengiktirafan bertaraf antarabangsa tersebut.

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Association of MBAs (AMBA) sekali gus melengkapkan status Triple Crown Accreditation iaitu gabungan tiga badan akreditasi perniagaan terkemuka dunia, AMBA (UK), AACSB (Amerika Syarikat) dan EQUIS (Eropah).

Dengan pencapaian itu, SBE UPM yang merupakan sekolah peniagaan dan ekonomi pertama serta satu-satunya di Malaysia muncul antara 120 sekolah perniagaan di dunia (daripada lebih 13,000 institusi) yang memperoleh pengiktirafan bertaraf antarabangsa tersebut.

Iklan
Iklan

Ia sekali gus meletakkan SBE sebaris dengan institusi ternama dunia seperti London Business School, INSEAD dan HEC Paris.

Menurut Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, akreditasi itu membuktikan bahawa Universiti Awam Malaysia mampu mencapai standard pendidikan bertaraf dunia.

Iklan

"Ini selari dengan aspirasi UPM untuk menjadi universiti bereputasi tinggi dan menyokong usaha negara dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program KARISMA Pemikir MADANI Kepimpinan Tinggi UPM anjuran UPM bersama Akademi Kenegaraan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Iklan

Ahmad Farhan berkata, pencapaian itu turut menyumbang kepada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dalam memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Status ini juga memberi kelebihan strategik kepada SBE dalam menarik penyelidik, pensyarah dan pelajar berkualiti tinggi dari seluruh dunia serta memperluas jaringan kerjasama industri dan akademik di peringkat global," ujarnya.

Sementara itu, Dekannya, Profesor Dr Bany Ariffin Amin Noordin menyatakan bahawa pencapaian tersebut adalah bukti pengiktirafan antarabangsa terhadap dedikasi keseluruhan ekosistem akademik SBE dan UPM.

"Kami juga komited untuk menjadi peneraju pendidikan perniagaan di Asia Tenggara dan terus menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang berorientasikan masa depan," ujar Bany Ariffin.