2025: Buku fizikal lawan skrin digital

Iklan

Di sebalik ledakan teknologi dan kemajuan digital yang semakin pesat, timbul persoalan adakah bahan bacaan fizikal masih relevan?

Perubahan gaya hidup dan pembelajaran abad ke-21 memperlihatkan peralihan ketara daripada penggunaan buku bercetak kepada e-buku serta sumber digital.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah pihak masih berpegang teguh kepada nilai dan keistimewaan membaca melalui helaian buku fizikal.

Lebih menarik apabila Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) saban tahun diadakan, malah ia semakin meriah dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat dari pelajar sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi mahupun warga pendidik.

Iklan

Jom ikuti perkongsian Sinar Bestari dengan pandangan dan komen daripada pelajar serta guru-guru di PABKL 2025 tentang persoalan sama ada bahan bacaan secara fizikal itu masih relevan atau sebaliknya.

Mari kita telusuri lebih lanjut dalam sisipan hari ini!

Iklan