Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima pelbagai pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pihak berkaitan bagi mengelakkan tragedi seperti kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Isnin, berulang.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara syor yang diterima termasuklah cadangan supaya perjalanan melibatkan pelajar universiti diadakan hanya pada waktu siang.
"Ada yang mengesyorkan supaya perjalanan bagi pelajar-pelajar universiti dan mahasiswa sekarang ini perlu dibuat pada waktu siang dan tidak lagi pada waktu malam," katanya kepada media selepas sesi Makan Tengah Hari Bersama Pengarang Media bersempena dengan Program Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 KPT pada Isnin. - Bernama