Alumni Kolej PERMATA@Pintar Negara buktikan anak Malaysia mampu raih PhD di Amerika Syarikat

Iklan
Kejayaan Ryan Owen sebagai bukti keberkesanan sistem pendidikan khas yang memberi ruang kepada pelajar pintar membina masa depan cemerlang.

Menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bukanlah satu perkara senang. Ia menuntut ketekunan, disiplin, kesabaran dan semangat juang yang tinggi dalam diri seseorang. 

Namun, kejayaan itu berjaya digenggam oleh anak muda kelahiran Sarawak, Ryan Owen Anak Sigat, yang juga alumni Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Iklan
Iklan

Difahamkan, Ryan Owen baru sahaja menamatkan pengajian peringkat PhD dalam bidang Geologi dari University of Illinois Urbana-Champaign, Amerika Syarikat.

Menerusi hantaran rasmi di Facebook Pusat PERMATApintar Negara UKM, mereka menyifatkan kejayaan Ryan Owen sebagai bukti keberkesanan sistem pendidikan khas yang memberi ruang kepada pelajar pintar membina masa depan cemerlang.

Iklan

"Semoga kejayaan ini memberi inspirasi buat semua," demikian coretan ringkas mereka pada 26 Mei lalu.

Untuk info, pengajian PhD bukan sekadar menyiapkan tesis, malah melibatkan proses penyelidikan yang mendalam, eksperimen, penerbitan jurnal dan pembentangan di persidangan global.

Iklan

Bidang Geologi pula merupakan cabang sains yang menuntut pemahaman menyeluruh terhadap struktur bumi, sejarahnya dan proses semula jadi yang mempengaruhi kehidupan manusia.

Sinar Bestari merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ryan Owen atas pencapaian diraih.

Semoga kejayaannya menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar pintar dan berbakat di Malaysia untuk terus berjuang, mencipta kejayaan dan menyumbang kembali kepada negara suatu hari nanti.