Rizor Tech sumbang mesin pencetak kepada 36 sekolah di Selangor

Iklan
Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Halim Omar ( kiri), Yusaini ( tengah) dan Edwin (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Pencetak dan Pendua kepada Sekolah- Sekolah Negeri Selangor baru- baru ini.

Sebanyak 36 buah sekolah di Selangor terpilih menerima sumbangan mesin pencetak dan pendua menerusi Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Pencetak dan Pendua kepada Sekolah-Sekolah di Negeri Selangor yang berlangsung pada 17 Jun lalu di Wyndham Acmar Klang, Selangor.

Majlis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu dijayakan dengan kerjasama Rizor Tech Sdn Bhd dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) (Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Presiden) sebagai inisiatif memperkasa kemudahan operasi harian di sekolah, selain menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan komuniti setempat.

Iklan
Iklan

Menurut Pengasas Rizor Tech Sdn Bhd, Datuk Edwin Khoo, pihaknya terpanggil untuk menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bagi membantu memudahkan pengurusan pentadbiran dan pembelajaran di sekolah.

"Kami percaya pendidikan adalah asas kepada pembentukan masa depan negara. Sumbangan ini adalah satu langkah kecil namun bermakna untuk menyokong guru-guru dan pelajar.

Iklan

"Sebagai rakan strategik JPNS, kami berbesar hati bekerjasama rapat dengan pihak pendidikan dan komuniti termasuk FAS dalam menjayakan usaha ini," katanya.

Wakil dari 36 buah sekolah yang hadir dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Pencetak dan Pendua kepada Sekolah- Sekolah Negeri Selangor pada Selasa.

Iklan

Edwin berkata, sumbangan berkenaan bukan sahaja membantu meningkatkan kelancaran operasi harian sekolah, tetapi juga dapat memperkukuh hubungan erat antara sektor pendidikan, syarikat korporat dan badan sukan negeri.

Sementara itu, Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Pencetak dan Pendua kepada Sekolah-Sekolah di Negeri Selangor yang berlangsung dengan meriah turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah JPNS, Yusaini Salleh dan barisan kepimpinan FAS iaitu Datuk Dr P Sugumaran, Sekar Chandran, Azri Pardas dan Simon Lim.

Turut serta beberapa wakil dari sekolah penerima.

Untuk makluman, terdapat lebih 1,300 buah sekolah di Selangor dan sumbangan ini merupakan fasa pertama program.

Fasa kedua dijangka berlangsung pada Julai 2025, dengan lebih banyak sekolah akan disenaraikan sebagai penerima.

INFO

Kumpulan sekolah yang menerima sumbangan dalam fasa pertama ini terdiri dari;

1) Sekolah Kebangsaan (SK) Taming Jaya

2) SK Bandar Tun Hussein Onn 2

3) SK Taman Sri Gombak 1

4) SK Taman Sri Gombak 2

5) SK Setia Alam

6) SK Subang

7) SK Pandan Indah

8) SK Seksyen 19

9) SK Kajang Utama

10) SK Taman Kosas

11) SK Bandar Anggerik

12) SK Seksyen 9 Kota Damansara

13) SK Desa Aman

14) SK HICOM

15) SK Raja Muda

16) SK Denai Alam

17) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11

18) SMK Meru

19) SMK Dato Harun

20) SMK Tinggi Kajang

21) SMK Kuala Kubu Bharu

22) SMK Kota Kemuning

23) SMK Seksyen 24(2)

24) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Han Ming

25) SJKC Yak Chee

26) SJKC Serdang Baru 2

27) SJKC Hin Hua

28) SJKC Yu Hua

29) SJKC Kwang Hua

30) SJK (Tamil) Simpang Lima

31) SJKC Desa Jaya

32) SJKC Desa Jaya 2

33) SJKC Taman Counnought 2

34) SJKC Batu 11

35) SJKC Yuk Chai

36) SMJK Yu Hua