"Pengalaman ini sangat hebat dan bermakna kerana kru kami bukan sahaja dapat pengalaman baharu, malah membawa pulang idea-idea segar untuk diaplikasikan di sekolah.
"Saya berharap mereka dapat menjadi pembimbing kepada kru lain, selain berkongsi ilmu bersama guru-guru.
“Apa yang paling menarik perhatian saya ialah aktiviti merakam dan menyunting video yang dilakukan dalam tempoh yang sama. Biasanya, proses penyuntingan video mengambil masa yang agak lama, tetapi hari ini murid-murid berpeluang merasai sendiri pengalaman itu.” - Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Vallambrosa, Mitrhashinii Perumal, 25.
"Ia kali pertama sekolah kami menyertai program seperti ini dan Alhamdulillah, pengalaman yang diperoleh sangat bermanfaat serta menyeronokkan!
"Bukan sekadar pengalaman baharu, ia turut membuka peluang kepada menimba ilmu pengetahuan, terutama dalam bidang penyuntingan video dan teknik penggambaran yang betul.
“Pendedahan seperti ini amat bermakna kerana murid berpeluang mempelajari sendiri proses menghasilkan kandungan video dengan lebih dekat.
"Jutaan terima kasih kepada Sinar Bestari dan KDEB Waste Management.” - Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pelong, Rossarianayati A Rahman, 40.
"Ini pertama kali saya dan rakan-rakan sertai program Latihan Industri TV PSS. Jadi semestinya kami sangat teruja dan gembira bila dapat hadir di sini.
"Saya dan rakan-rakan dapat belajar ilmu baharu membabitkan bidang penyiaran, belajar cara membikin video, membuat laporan berita dan asas teknik videografi.
“Jika ada lagi program seperti ini, saya akan menjadi orang pertama untuk masuk lagi dan lagi.
"Dengan Latihan Industri TV PSS ini sajalah saya boleh ubah, asah kebolehan dan menambah ilmu pengetahuan selain belajar di dalam kelas.” - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik, Afrina Fahimah Amidi, 12.
"Pada Latihan Industri TV PSS bersama KDEBWM ini, saya belajar banyak perkara. Antaranya cara rekod video dengan betul, mengambil gambar, asas kewartawanan dan macam mana nak sunting video. Kami juga belajar tentang disiplin diri dan perlu menepati masa.
“Aktiviti berkumpulan diberikan hampir dua jam, jadi dalam tempoh itu kami perlu berbincang video apa yang nak dirakam, macam mana nak siapkan rakaman dan suntingan video.
"Memang tergesa-gesa tetapi itulah yang kami pelajari.” - Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian, Muhammad Amsyar Darwisy Mohd Arif, 14.