Pelajar tunggang kuda ke sekolah demi jimat kos minyak

Iklan
Aksi Ten menunggang Sunny ke sekolah setiap hari. Foto: Media Thailand

Seorang pelajar Tingkatan Empat di Wilayah Ang Thong, Thailand sanggup menunggang kuda ke sekolah setiap hari bagi menjimatkan kos minyak.

Pelajar yang dikenali sebagai Theeraphat Ransaworanan atau lebih mesra dipanggil 'Ten' telah menunggang seekor kuda jantan bernama Sunny sejauh lima kilometer ke Sekolah Menengah Wisetchaichan Tantiwitthayapoom sejak sebulan lalu.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, pelajar berusia 16 tahun itu pada mulanya malu membawa kuda ke sekolah kerana dianggap pelik namun kini bangga apabila tindakannya mendapat sokongan warga sekolah dan penduduk setempat.

"Saya suka kuda. Ia membantu saya jimat minyak dan saya juga tidak perlu guna motosikal sepanjang masa," katanya.

Iklan

Minat Ten terhadap kuda bermula sejak kecil apabila dia memujuk neneknya membeli haiwan itu semasa di sekolah rendah.

Kini, selain menunggang kuda, pelajar itu turut meluangkan masa mengajar penduduk kampung menunggang haiwan berkenaan dan menyertai perarakan serta acara keagamaan untuk menjana pendapatan sampingan.

Iklan

Pengetua sekolah, Dr Nuchanart Yimchan memaklumkan Ten telah mendapat kebenaran rasmi untuk membawa Sunny ke sekolah setiap hari.

"Sunny ditempatkan berhampiran kediaman saya. Ten bertanggungjawab menjaga kuda itu sepanjang hari," katanya.

Menurut beliau, inisiatif pelajar tersebut menjadi contoh nilai 'kuasa lembut' yang memupuk semangat budaya dan tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

Tindakan unik Ten juga menarik perhatian warga maya di Thailand yang memuji keberaniannya serta menyifatkan pelajar itu sebagai ikon ketabahan dan kreativiti remaja luar bandar.