JKM bantu pelajar UPSI alami kecacatan kekal mohon kad OKU

Iklan
Keadaan bas terbabit dalam kemalangan ngeri yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di KM53 JRTB dekat Gerik.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu proses permohonan kad orang kurang upaya (OKU) untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengalami kecacatan kekal selepas terlibat dalam kemalangan bas pada 9 Jun lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul maklumat lengkap pelajar terbabit.

Iklan
Iklan

"Bagi mereka yang mungkin ada kecacatan kekal, selepas ini JKM akan pergi (kepada pelajar) dan JKM seterusnya membantu untuk memproses permohonan itu...

"Berapa banyak pelajar yang mengalami kecacatan kekal, data-data itu kita sedang kumpul, kami perlukan maklum balas daripada doktor dan sebagainya," katanya. 

Iklan

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas di Kubang Menerung, Pulau Pinang. 

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam.

Iklan

Mengulas lanjut, Noraini berkata, pihaknya masih meneruskan sesi kaunseling bukan sahaja kepada pelajar terlibat malah ahli keluarga kerana berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati mereka masih trauma.

Sesi kaunseling turut diberikan kepada keluarga pemandu Perodua Alza yang terlibat dalam nahas itu.

"Sebelum ini, saya melawat mangsa, iaitu keluarga yang menaiki kereta Perodua Alza di rumah mereka dan mendapati mereka masih trauma," katanya.

Dalam kemalangan itu, seramai15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak, terbalik di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik.

Nahas tersebut menyebabkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) itu. - Bernama