UIS galas tanggungjawab pamer pilihan pendidikan berkualiti di SUKSES 4.0

Iklan
Karnival anjuran bersama MGKK dan KPM tu menjadi platform penting dalam membantu pelajar membuat keputusan yang lebih jelas mengenai hala tuju selepas SPM.

Karnival Pendidikan dan Kerjaya Murid (SUKSES) 4.0 yang berlangsung di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kota Tinggi, Johor berjaya menarik ribuan pelajar dari pelbagai daerah untuk meneroka lebih dekat laluan pendidikan dan kerjaya masa depan.

Karnival anjuran bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu menjadi platform penting dalam membantu pelajar membuat keputusan yang lebih jelas mengenai hala tuju selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Iklan
Iklan

Antara institusi pengajian tinggi yang turut serta sebagai pempamer ialah Universiti Islam Selangor (UIS), yang tampil memperkenalkan lebih 60 program pengajian merangkumi pelbagai bidang utama dari peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana hingga ke Doktor Falsafah (PhD).

Antara bidang pengajian yang ditawarkan termasuk Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran), Diploma Komunikasi, Sarjana Komunikasi dan bidang-bidang lain seperti Syariah dan Undang-undang, Pendidikan, Bahasa Inggeris, Pengajian Islam serta Multimedia dan Komputeran.

Iklan

Menurut Pensyarah Komunikasi dan Media, Fakulti Sains Sosial, UIS, Rahmahtunnisah Sailin, lepasan SPM digalakkan mengambil peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi selaras dengan keperluan dunia pekerjaan hari ini.

Iklan

"Peluang melanjutkan pelajaran sekarang sangat luas dan terbuka. Kami di UIS menyediakan pelbagai laluan pengajian dari Asasi hingga ke peringkat PhD dalam bidang yang relevan dan sesuai dengan keperluan semasa industri serta pasaran kerja.

"Pelajar perlu bijak memilih program yang sesuai dengan minat dan potensi diri. Dengan ilmu dan kemahiran yang betul, mereka bukan sahaja dapat membina masa depan lebih terjamin, tetapi juga berperanan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara," jelasnya kepada Sinar Bestari.

Penyertaan UIS dalam SUKSES 4.0 menjadi bukti komitmen berterusan universiti tersebut untuk terus mendekati pelajar dan komuniti melalui program turun padang sekali gus memperkukuh peranan institusi dalam membina generasi cemerlang masa hadapan.