Kembar seiras daftar USIM pakai sedondon

Iklan
Seramai 1,493 pelajar baharu USIM mendaftar untuk kemasukan Program Tamhidi Sesi Akademik 1015/2026

Sepasang kembar lelaki seiras mencuri tumpuan apabila hadir mendaftar kemasukan Program Tamhidi (Asasi) Sesi Akademik 2025/2026 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dengan berpakaian sedondon.

Muhammad Iman Atiq dan Muhammad Iman Atif Muhamad Yazee yang berusia 18 tahun dari Parit Buntar, Perak, hadir ke kampus dengan memakai kemaja-T berwarna hitam dan seluar coklat untuk mendaftar Program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains.

Iklan
Iklan

Seramai 1,493 pelajar baharu USIM mendaftar untuk kemasukan Program Tamhidi Sesi Akademik 1015/2026

Anak sulung dan kedua daripada empat beradik itu dibesarkan oleh ibu tunggal, Zaihan Mohmad Zaini, selepas mereka kematian bapa ketika Tingkatan Tiga.

Iklan

“Impian kami adalah untuk menjadi doktor pakar, sebagai hadiah buat ibu yang banyak berkorban membesarkan kami,” katanya.

Seramai 1,493 pelajar baharu USIM mendaftar untuk kemasukan Program Tamhidi Sesi Akademik 1015/2026

Iklan

Mereka merupakan antara 1,493 pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi kali ini, menjadikan jumlah pendaftaran tertinggi dalam sejarah program Tamhidi USIM.

Suasana pendaftaran turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk tiga sahabat baik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak yang tidak menyangka kembali bersama sebagai rakan sekampus.

Daripada jumlah keseluruhan pelajar, seramai 526 mendaftar dalam Program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, 356 dalam Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, 164 dalam Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi, manakala 447 pelajar menyertai Program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains.

Sharifudin berjumpa dengan Ibu bapa dan pelajar yang mendaftar Program Tamhidi USIM

Selain itu, kehadiran tiga pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) juga menyerlahkan komitmen USIM dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan mesra OKU.

Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani yang turun meninjau proses pendaftaran turut menitipkan pesanan kepada para pelajar agar sentiasa berusaha membentuk jati diri sebagai ilmuwan Islam yang berintegriti.

Seramai 1,493 pelajar baharu USIM mendaftar untuk kemasukan Program Tamhidi Sesi Akademik 1015/2026

“Urus masa dan diri sebaik mungkin. Mohon restu ibu bapa, kerana di situ letaknya keberkatan dan kunci kejayaan,” ujarnya.

Pendaftaran pelajar dilaksanakan secara dalam talian bermula 30 Jun hingga 1 Julai, diikuti pendaftaran kolej kediaman secara fizikal pada 2 dan 3 Julai.

Seterusnya, pelajar akan mengikuti Minggu Taaruf secara hibrid yang dirangka bagi memberi pendedahan awal terhadap kehidupan kampus, budaya universiti serta nilai teras USIM.