Guru dinasihat elak sertai program motivasi tidak diketahui pengisiannya - Fadhlina

Iklan
Fadhlina berkata, guru-guru seharusnya merujuk kepada kementerian bagi mendapatkan sokongan sewajarnya.

Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dinasihatkan agar tidak terlibat dengan program motivasi anjuran pihak luar yang tidak diketahui dari segi pengisiannya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru-guru seharusnya merujuk kepada kementerian bagi mendapatkan sokongan sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Kita kalau boleh tidak perlu terlibat dengan program motivasi yang kita tidak tahu dari segi pengisian dan substance ini.

"Kita sepatutnya tumpukan perhatian kepada isu-isu kita di peringkat sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri, Pulau Pinang. 

Iklan

Beliau mengulas dan memberi nasihat kepada warga pendidik sekiranya terlibat dengan program motivasi rumah tangga (eHATI), yang menyasarkan golongan wanita bekerja serta berdepan krisis rumah tangga.

Fadhlina berkata, KPM mempunyai pelbagai program pembangunan dan motivasi untuk guru, termasuk perkhidmatan kaunseling yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Iklan

"Kita tidak mahu guru-guru terbabit dengan program yang boleh menimbulkan keraguan atau menjejaskan integriti profesion perguruan. Banyak program pembangunan dalaman yang kita sediakan.

"Jadi nasihat saya, berhati-hati. Elakkan daripada menyertai program-program luar yang tidak sesuai. Tumpukan kepada motivasi dalam pendidikan kita," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan jenayah berhubung program motivasi rumah tangga eHATI, yang didakwa tidak bermoral.

Beliau berkata, beberapa saksi akan dipanggil bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan dalam masa terdekat. - Bernama