MB Pahang bantu keluarga dua pelajar UnIPSAS maut nahas

Iklan
Bapa kepada Allahyarham Muhammad Zuhair menangis setelah dipeluk oleh individu di Jabatan Forensik HTAA. Gambar kecil dari kiri: Muhammad Firdaus dan Muhammad Zuhair Rifqi

Tragedi menimpa dua penuntut Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) yang maut dalam kemalangan dengan ambulans pada Selasa, mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri melalui Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang akan membantu keluarga kedua-dua mangsa bagi mempermudahkan hal-hal berkaitan.

Iklan
Iklan

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa.

"Saya berharap ahli keluarga pelajar berkenaan bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini.

Iklan

"Saya berdoa semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh," ujarnya melalui satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik HTAA apabila ahli keluarga dua penuntut UnIPSAS yang terkorban dalam kemalangan.

Iklan

Allahyarham Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21, dan Allahyarham Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 22, yang hafaz 30 juzuk al-Quran maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Kuantan- Gambang di sini. 

Muhammad Zuhair Rifqi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah maut di tempat kejadian manakala Muhammad Firdaus disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA.