Wira hangar tanpa sorotan

Iklan

Apabila menyebut tentang dunia penerbangan, ramai pelajar hanya mengetahui profesion juruterbang, pramugari dan kawalan trafik udara sebagai watak penting.

Namun, ada satu lagi kerjaya luar biasa yang menuntut kemahiran tinggi, ketelitian dan tanggungjawab besar dalam memastikan setiap pesawat selamat untuk berlepas serta mendarat.

Iklan
Iklan

Kerjaya sebagai juruteknik penyelenggaraan pesawat bukan sahaja mencabar, malah menjanjikan masa depan yang stabil dan berdaya saing, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Dengan perkembangan industri ini dan pertambahan laluan penerbangan, permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang berkenaan semakin meningkat saban tahun.

Iklan

Apa sebenarnya tugas mereka? Di mana tempat untuk belajar? Bagaimana pelajar muda di Malaysia boleh memulakan langkah ke dunia penyelenggaraan pesawat?

Persoalan itu akan dikupas Sinar Bestari supaya lebih ramai pelajar mengetahui bahawa kerjaya bersama 'burung besi' tiada batasnya.

Iklan

Jom, kita teroka!