Peminat teknologi dan aktiviti lasak kini berpeluang merasai sendiri pengalaman mengendalikan dron dalam suasana penuh mendebarkan menerusi Perlumbaan Mini Dron yang dianjurkan oleh Sinar Bestari, bersempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025.
Perlumbaan alaf baharu ini akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut, bermula 25 hingga 27 Julai 2025, di Reruai Sinar Bestari, Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor.
Dengan hanya RM5 sebagai yuran penyertaan, aktiviti ini terbuka kepada semua peringkat usia, sama ada yang baru pertama kali mencuba atau sudah berpengalaman dalam dunia dron.
Menariknya, peserta berpeluang menguji kemahiran mengendalikan mini dron melalui laluan berhalang dan berliku yang direka khas untuk mencabar fokus, ketangkasan dan koordinasi tangan-mata mereka.
Selain menjadi medan hiburan dan cabaran, aktiviti ini juga bertujuan memupuk minat pelajar dan masyarakat terhadap teknologi dron, yang kini semakin penting dalam pelbagai sektor termasuk pertanian, keselamatan dan penyiaran.
Menurut wakil penganjur, aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah menjadi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas pengendalian dron dan kepentingan pematuhan keselamatan udara.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai perlumbaan yang penuh aksi dan teknologi!
Kunjungi reruai Sinar Bestari di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 dan alami sendiri cabaran Perlumbaan Mini Dron yang pasti membuatkan anda teruja!
Untuk info lanjut dan suasana perlumbaan, tonton promo di sini: bit.ly/PerlumbaanMiniDronSinarBestari