Pelajar UPNM wakili Malaysia ke China dalam Program Pertukaran Budaya Antarabangsa!

Iklan
Sofea Syazwina menjadi satu-satunya wakil UPNM ke program berprestij itu.

Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sofea Syazwina Mohd Sahrizam mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila dipilih menyertai 2025 Beijing Foreign Studies University (BFSU) Chinese Bridge Summer Camp: Understanding China.

Program pertukaran budaya dan bahasa yang berlangsung dari 30 Julai hingga 12 Ogos ini dianjurkan oleh BFSU dengan kerjasama Institut Kong Zi, Universiti Malaya, melibatkan penyertaan 15 pelajar dari seluruh negara.

Iklan
Iklan

Pelajar Tahun Satu Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), UPNM, menjadi satu-satunya wakil universiti pertahanan itu ke program berprestij tersebut.

Lebih membanggakan, pemilihan ke program itu dibuat secara kompetitif berdasarkan kriteria ketat termasuk pencapaian akademik cemerlang, minat mendalam terhadap budaya antarabangsa serta potensi kepimpinan yang ditunjukkan dalam kalangan pelajar universiti awam dan swasta di Malaysia.

Iklan

Kejayaan Sofea Syazwina juga dilihat seiring dengan agenda Transformasi UPNM30 yang memberi penekanan kepada pembangunan pelajar yang holistik, berpaksikan kesarjanaan, keterlibatan antarabangsa serta kebitaraan dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Sinar Bestari mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Sofea Syazwina dalam pengembaraan ilmunya di China nanti. 

Iklan

Semoga pengalaman yang diperoleh bakal menjadi inspirasi kepada lebih ramai mahasiswa UPNM untuk terus mencipta impak dan kejayaan di pentas dunia.