Ragbi tempa jiwa perkasa

Iklan

Biarpun peluh dan luka mengalir namun semangat yang tidak pernah padam setiap pemain ragbi Maktab Sains Rendah MARA (MRSM) Balik Pulau, menjadi saksi kepada kemenangan dalam Kejohanan Ragbi Super Schools 2025 Grand Final, baru-baru ini.

Sukan ragbi bukan sekadar aktiviti fizikal yang penuh asakan, namun ia medan untuk belajar tentang disiplin, setiakawan dan keberanian menghadapi cabaran, baik di padang mahupun dalam kehidupan.

Iklan
Iklan

Setiap kekalahan dihadam sebagai pelajaran dan jatuh bangun pasukan ini dijadikan batu loncatan untuk membina sebuah pasukan yang kuat dari segi fizikal dan jiwa masing-masing.

Kali ini, Sinar Bestari berjaya mendapatkan ketua jurulatih dan kapten pasukan untuk mendedahkan kisah juang pasukan.

Iklan

Jom, kita korek rahsia mereka!