Perkasa bahasa Inggeris, kukuh bahasa Melayu

Iklan

Membina generasi berilmu bukan sekadar melahirkan murid bijak membaca, sebaliknya membentuk insan yang mampu berfikir, berkomunikasi dan menyampaikan idea dengan yakin dalam pelbagai bahasa.

Seiring aspirasi itu, Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2026 menjadi wadah mengiktiraf kecemerlangan murid dalam budaya membaca, penguasaan ilmu dan kemahiran berbahasa, termasuk penglibatan dalam kategori bahasa Inggeris.

Iklan
Iklan

Anugerah ini bukan hanya tentang jumlah buku yang berjaya dihabiskan, tetapi turut menilai sejauh mana pembacaan membentuk pemikiran, memperkaya pengetahuan dan mendorong murid berkongsi ilmu dengan orang lain.

Dalam usaha memperkasa bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan komunikasi global, bahasa Melayu kekal tunjang identiti serta wahana perpaduan.

Iklan

Jom bersama Sinar Bestari minggu ini untuk mengamalkan pembacaan bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan murid tanpa melupakan bahasa kebangsaan kita.

1, 2, 3 ‘let’s go!’ 

Iklan