Pelajar Sunway TES raih tempat pertama dunia dalam peperiksaan ACA 2024. Luar biasa!

Iklan
Semoga Siti Sarah terus cemerlang dan menjadi inspirasi pelajar Malaysia mencapai kejayaan dalam bidang perakaunan.

Sekali lagi, anak Malaysia mengharumkan nama negara apabila merangkul tempat pertama dunia dalam peperiksaan ACA 2024 bagi Professional Level Modules The Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Bukan itu sahaja, Siti Sarah Ahmad Lutpi dari Sunway TES turut meraih First Place dan Plender Prize 2024 dalam Annual International Subject Order of Merit menerusi Modul Profesional dengan pencapaian purata sebanyak 97 peratus.

Iklan
Iklan

Memetik perkongsiannya dalam satu video di YouTube, Siti Sarah menjelaskan bahawa kejayaan cemerlang itu adalah hasil gabungan sokongan padu daripada keluarga, tenaga pengajar serta usaha gigih yang tidak berbelah bahagi sepanjang persiapan menghadapi peperiksaan.

"Saya teringat nasihat salah seorang tenaga pengajar di Sunway TES yang selalu mengingatkan saya supaya terus melangkah maju demi mencapai kejayaan tertinggi, walaupun perjalanan itu bukan mudah.

Iklan

"Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah dianugerahkan atas pencapaian terbaik di peringkat dunia. Kejayaan berkenaan bukan sahaja menjadi pengiktirafan kepada usaha saya, malah memberi keyakinan untuk terus memberi sumbangan dan impak positif kepada industri," jelasnya.

Kami di Sinar Bestari mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Siti Sarah terus cemerlang serta menjadi inspirasi pelajar Malaysia mencapai kejayaan dalam bidang perakaunan.

Iklan

INFO

  • Peperiksaan ACA merujuk kepada Ujian Chartered Accountant (ACA) yang ditawarkan oleh ICAEW, sebuah badan profesional di United Kingdom.
  • Ia merupakan kelayakan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang perakaunan dan kewangan.