K-Semanis: Kebangkitan inovasi pelajar

Iklan

Idea kreatif bukan hanya milik orang dewasa, malah murid sekolah rendah hingga pelajar menengah juga mampu melakar inovasi hebat sekali gus memanfaatkan masyarakat.

Itulah yang dapat dilihat hasil penganjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang (PPD Klang), Selangor melalui Karnival Memacu Reformasi Pendidikan Madani: Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor 2025 (K-Semanis) yang berlangsung selama dua hari pada 6 dan 7 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Ratusan idea segar dihasilkan daripada alat bantu pembelajaran interaktif sehingga ciptaan mesra alam yang mampu menyelesaikan masalah harian masyarakat.

Lebih membanggakan, setiap projek bukan sekadar unik, malah membuktikan daya fikir kritis dan semangat kerjasama tinggi dalam kalangan generasi muda kita.

Iklan

Sinar Bestari berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan adik-adik kita.

Jom, kita teroka lebih lagi!

Iklan