Misi kelestarian MSU di Terengganu

Iklan

MyCoral Care 8.0: Perkasa pemuliharaan terumbu karang dan komuniti

Management and Science University (MSU) melalui International Medical School (IMS) sekali lagi mengukir sejarah apabila berjaya menganjurkan edisi kelapan MyCoral Care, projek ekomarin yang membawa misi pemuliharaan terumbu karang dan pengukuhan komuniti.

Program berlangsung selama tiga hari, dari 18 hingga 20 Julai lalu di Kampung Mangkok dan Pulau Geluk, Terengganu.

Iklan
Iklan

Ia usaha pemuliharaan terumbu karang kedua IMS bagi tahun ini, selepas kejayaan edisi antarabangsa sulung di Ambon, Indonesia sempena dengan kerjasama Universitas Pattimura (Unpatti).

Menariknya, MyCoral Care 8.0 ini disertai seramai 106 peserta termasuk 67 pelajar, dua pensyarah, lima kakitangan dan alumni MSU, 27 peserta antarabangsa serta lima penyelam komuniti.

Iklan

Penyertaan antarabangsa melibatkan wakil Universitas Brawijaya, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Universitas Pattimura, North Sichuan Medical College dan Universitas Muhammadiyah Surakarta.

Antara detik bersejarah MyCoral Care 8.0 ialah pelancaran MyCoral Community Learning Centre (CLC) di Kampung Mangkok yang disempurnakan Dekan IMS, Profesor Dr Mohamad Khairuddin.

Iklan

Acara yang turut diadakan penyerahan sijil pelantikan ahli MyCoral Community Divers itu dihadiri Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Abdul Kadir Yusuf; Pengurus Besar Persatuan Nelayan Setiu, Raja Aunani Raja Daud dan Pegawai Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Izarenah Md Repin.

CLC dibangunkan hasil kerjasama MSU, Persatuan Nelayan Kawasan Setiu dan All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM)-Sustainable Development Goals (SDG) menerusi pembiayaan sejumlah RM40,000 daripada APPGM-SDG.

Pusat ini berkonsepkan teknologi hijau menggunakan tenaga solar, hasil inovasi penyelidik dan pensyarah dari Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) MSU melalui Projek MySolar.

CLC juga platform pemindahan ilmu, pengukuhan hubungan universiti, komuniti dan menangani cabaran alam sekitar.

Ia mendapat sokongan World Wide Fund (WWF) Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, dan Dorken Reef Resources.

Selain itu, MyCoral CARE 8.0 turut mengangkat peranan komuniti dalam memastikan kelestarian ekosistem marin untuk generasi akan datang.