Amani raih Kepujian Kelas Pertama, penerima Whittington Prize & bakal Graduate Energy Engineer! Hebat anak Malaysia

Iklan
Amani bakal melangkah ke dunia profesional sebagai Graduate Energy Engineer di Arup Malaysia berikutan kecemerlangannya dalam pengajian.

Kebijaksanaan yang dimiliki Amani Amri sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan anak muda berbakat besar dalam bidang akademik.

Terbaharu, Amani dianugerahkan Kepujian Kelas Pertama dalam program Integrated Master's Degree in Electronics & Electrical Engineering di University of Edinburgh, Scotland.

Iklan
Iklan

Lebih membanggakan, Amani turut dinobatkan sebagai penerima Whittington Prize iaitu anugerah berprestij yang diberikan kepada pelajar terbaik dalam bidang Electrical Power.

Kelebihan dimiliki alumni Kolej MARA Banting, Selangor secara tidak langsung membuka jalan untuknya memulakan kerjaya profesional sebagai Graduate Energy Engineer di Arup Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada Arup Group, firma kejuruteraan antarabangsa berpusat di London.

Iklan

Memang hebat anak Malaysia! Bangga penulis.

Iklan

Sementara itu, Amri dan isterinya, Asmaliza, menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kejayaan anak mereka selain merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak.

"Terima kasih kepada semua yang menzahirkan ucapan tahniah. Tidak lupa juga buat penaja (Majlis Amanah Rakyat), guru-guru dan rakan-rakan Amani yang sentiasa memberi dorongan serta bantuan dalam pelbagai aspek sepanjang perjalanan beliau menuntut ilmu,” kongsinya di Facebook.

Menurutnya lagi, lebih utama daripada itu adalah rasa syukur mereka kepada ALLAH SWT atas segala nikmat dan keredaanNya yang membolehkan Amani memperoleh kejayaan tersebut.

"Sesungguhnya kejayaan sebenar adalah kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga Amani terus istiqamah dalam perjuangan menuntut ilmu serta dapat berbakti demi agama, bangsa dan negara di bawah barakah ALLAH.

"Ilmu yang diperolehi ini hanya setitik air dari lautan dan banyak lagi harus diterokai dari ilmu ALLAH Yang Maha Kaya," tulisnya lagi.