Amira Othman, graduan UiTM dalam bidang Muzik!

Iklan
Selain dikenali sebagai penyanyi, pengacara dan pelakon, Amira sebenarnya memiliki latar belakang pendidikan tinggi yang membanggakan. Foto: Facebook Amira Othman

Nama Amira Othman bukanlah asing dalam industri hiburan tanah air.

Selain dikenali sebagai penyanyi, pengacara dan pelakon, beliau sebenarnya memiliki latar belakang pendidikan tinggi yang membanggakan.

Iklan
Iklan

Menurut sumber rujukan Wikipedia dan portal tempatan, Amira dilahirkan pada 26 Oktober 1993 di Skudai, Johor dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Othman Abdul Kadir dan Nora Arshad.

Pendidikan awalnya bermula di sebuah sekolah rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru.

Iklan

Kemudian, Amira melanjutkan pengajian Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Tidak berhenti di situ, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Vokal Klasik di universiti yang sama.

Iklan

Melihat kepada latar belakang ini, jelaslah bahawa Amira bukanlah selebriti Malaysia yang 'biasa-biasa'.

Sebaliknya, pelantun lagu Dalam Sujudku dan Bila Nak Kahwin? itu merupakan seorang anak seni yang dipenuhi dengan ilmu pengetahuan, disiplin akademik dan kemahiran vokal profesional.

Pendidikan formal yang ditempuhinya menjadikan Amira bukan sahaja berbakat besar di pentas hiburan, malah memiliki asas teori dan praktikal yang kukuh dalam bidang muzik.

Untuk info, UiTM ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini yang merangkumi 34 kampus, 24 fakulti dan tujuh pusat akademik di seluruh negara.

UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik pada peringkat asasi, pradiploma, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), serta program profesional.

Universiti ini sentiasa meluaskan akses pendidikan tinggi dan memainkan peranannya dalam pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi dan membentuk masa hadapan. Ia terus mengukuhkan kedudukannya pada peringkat nasional dan antarabangsa melalui pelbagai pengiktirafan berprestij.

Antaranya termasuk penarafan Times Higher Education (THE), UI GreenMetric dan QS World University Rankings di samping komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). - Rujukan portal UiTM