Pelajar cemerlang Hang Tuah Jaya terima pengiktirafan

Iklan
Sebahagian penerima anugerah dilihat tersenyum gembira selepas berakhirnya Majlis Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya 2025.

Seramai 35 pelajar cemerlang telah diraikan dalam Majlis Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya 2025 di Kolej Yayasan Saad, Melaka baru-baru ini.

Penganjurannya bertujuan mengiktiraf kecemerlangan akademik dan kokurikulum para pelajar dari Hang Tuah Jaya yang telah menunjukkan usaha gigih, disiplin serta semangat juang tinggi sepanjang tempoh pengajian mereka.

Iklan
Iklan

Malah, majlis yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bukan sahaja menjadi medan penghargaan kepada pencapaian pelajar, tetapi turut berperanan sebagai simbol pengiktirafan rasmi terhadap usaha gigih mereka dalam akademik dan kepimpinan.

Difahamkan, pelajar-pelajar terbabit menerima pengiktirafan melalui anugerah khas mengikut bidang masing-masing.

Iklan

Ia merangkumi Anugerah Kecemerlangan Akademik (Anugerah Dekan), Anugerah Khas Majlis Perwakilan Pelajar, Anugerah Siswa Harapan, Anugerah Kebudayaan dan Kesenian, Anugerah Kesukarelawan, Anugerah Sukan, Anugerah Inovasi, Anugerah Kepimpinan, Anugerah Hang Tuah dan Anugerah Tun Ali.

Iklan

Akhir sekali, Sinar Bestari merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha dan mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.