ICEPH-CS 2025: UiTM Kampus Bertam satukan dunia melalui khidmat komuniti

Iklan
Program ini bukan sekadar berkongsi ilmu, malah membina jambatan persahabatan melalui aktiviti khidmat masyarakat. Gambar kecil: Nur Sakinah

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam berjaya menghimpunkan ahli akademik, pakar kesihatan, penyelidik dan sukarelawan dari 11 negara menerusi penganjuran Persidangan Pameran & Inovasi Antarabangsa Kesihatan Awam dan Khidmat Komuniti (ICEPH-CS) 2025 di Kuching, Sarawak.

Bertemakan 'Membina Kesihatan Awam yang Tangguh Melalui Khidmat Komuniti', program ini bukan sekadar berkongsi ilmu, malah membina jambatan persahabatan melalui aktiviti khidmat masyarakat.

Iklan
Iklan

Lebih 420 peserta termasuk 180 delegasi antarabangsa terlibat dalam pembentangan akademik, pameran inovasi dan program komuniti yang menyentuh hati.

Antara detik bermakna adalah ketika sukarelawan menyertai misi pemuliharaan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, membantu menjaga habitat orang utan dan menghiburkan warga emas di Rumah Seri Kenangan dan kanak-kanak dari rumah kebajikan.

Iklan

Di sekolah pula, pelajar menerima pendedahan tentang kesihatan fizikal dan bahaya rokok elektronik melalui sesi interaktif bersama pakar luar negara.

Iklan

Menurut Pengerusi ICEPH-CS 2025, Profesor Madya Ts Dr Wan Ismahanisa Ismail, kejayaan ini adalah bukti bahawa pendidikan dan khidmat komuniti boleh bergabung bagi memberi manfaat besar kepada masyarakat sejagat.

"Ini bukan sekadar persidangan, tetapi satu gerakan global untuk membina masa depan kesihatan awam yang lebih kukuh dan inklusif," ujarnya.

Dengan pencapaian berkenaan, UiTM sekali lagi membuktikan kemampuannya mengangkat nama Malaysia di mata dunia, seiring visi sebagai Universiti Terkemuka Global.

Terdahulu Rektor UiTM Sarawak, Profesor D. Firdaus Abdullah diberi penghormatan menyempurnakan Persidangan Pameran dan Inovasi Antarabangsa Kesihatan Awam dan Khidmat Komuniti (ICEPH-CS) 2025 menerusi Majlis Makan Malam Gala.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan anugerah Media Sosial Terbaik, Pembentangan Oral dan Poster serta Pertandingan Inovasi kepada para pemenang.

INFO

Terima kasih kepada rakan penganjur dari Indonesia yang turut serta dalam ICEPH-CS 2025

1) Universitas Airlangga (UNAIR)

2) Universitas Muhammadiyah Malang (UMM)

3) Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS)

4) Business Events Sarawak

5) Malaysia Convention & Exhibition Bureau

6) Kek Lapis Warisan

Penulis: Nur Sakinah Baharudin