21 subjek UiTM tersenarai dalam QS World University Rankings

Iklan
UiTM menjadi salah satu daripada empat universiti negara yang terpilih dalam senarai QS World University Rankings by Subject.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengharumkan nama Malaysia apabila 21 subjeknya tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject termasuk bidang Law & Legal Studies yang berada di kedudukan 301 hingga 350 dunia.

Ia sekali gus menjadikan UiTM antara empat universiti awam di negara ini yang terpilih menerima pengiktirafan tersebut kali ini.

Iklan
Iklan

UiTM berkata, pencapaian itu bukan sekadar angka tetapi menjadi kayu ukur kepada kesungguhan universiti dalam membangunkan bakat profesional bumiputera selari dengan semangat Akta 173 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"UiTM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi demi melahirkan bakat negara seiring kecemerlangan akademik.

Iklan

"Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UiTM yang terus komited menjulang martabat universiti unggul ini!" katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.

Tiga lagi universiti awam negara yang tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Iklan