Pelajar Politeknik Seberang Perai nikmati capaian internet berkelajuan tinggi

Iklan
Pelajar Politeknik Seberang Perai kini menikmati capaian internet berkelajuan tinggi di bawah projek Jendela SKMM. - Gambar hiasan

Pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang kini menikmati capaian internet berkelajuan tinggi selepas Projek Wi-Fi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dilaksanakan di kampus itu mula beroperasi sejak 14 Julai lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya berkata, projek di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) yang diselia oleh SKMM itu bertujuan memperkukuh jaringan digital di kampus IPTA seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurut SKMM, langkah tersebut selaras dengan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan ketercapaian digital yang lebih menyeluruh dan stabil kepada semua lapisan masyarakat khususnya warga kampus.

"Pihak pengurusan politeknik turut memberi maklum balas positif terhadap keberkesanan capaian ini yang dilihat mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran digital, operasi pentadbiran serta penyelidikan di kampus," katanya pada Isnin.

Iklan

SKMM menambah, pihaknya akan terus memantau pelaksanaan projek ini bagi memastikan tahap kualiti perkhidmatan yang disediakan menepati keperluan semasa dan memberikan impak maksimum kepada warga kampus.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah meninjau pelaksanaan projek Wi-Fi tersebut, selain turut meluangkan masa bersama 70 pelajar politeknik yang menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) termasuk peserta yang hadir secara dalam talian.

Iklan

Kempen itu memberi tumpuan kepada empat isu utama yang sering memberi kesan kepada belia iaitu penipuan dalam talian, buli siber, perkongsian maklumat peribadi secara berlebihan serta penyebaran maklumat palsu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan SKMM, Abdul Karim Fakir Ali.