Hari Malaysia di hati pelajar!

Iklan

Tanggal 16 September setiap tahun merupakan detik bersejarah yang menjadi simbol penyatuan dan perpaduan rakyat Malaysia.

Bagi generasi muda, Hari Malaysia ini bukan sekadar tarikh dalam kalendar, sebaliknya sebuah manifestasi kecintaan terhadap negara tanah tumpah darah ini.

Iklan
Iklan

Sambutannya membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali erti sebenar penyatuan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu sekali gus memupuk rasa bangga bergelar anak Malaysia.

Setiap tahun, ia membawa makna besar terutama pelajar yang akan menzahirkan rasa cinta terhadap tanah air dengan cara masing-masing.

Iklan

Sinar Bestari kali ini berjaya mendapatkan sebilangan pelajar dan guru untuk berkongsi tentang Hari Malaysia.

Jom kita raikan!

Iklan