Tip boling buat pelajar istimewa

Iklan

Tenpin boling merupakan sejenis sukan atau aktiviti rekreasi yang dimainkan di lorong khas (bowling alley).

Pemain perlu menggolekkan bola boling yang beratnya antara 2.7 hingga 7.2 kilogram (kg) ke arah 10 pin yang disusun dalam bentuk segitiga di hujung lorong.

Iklan
Iklan

Matlamatnya untuk menjatuhkan semua pin dalam satu atau dua balingan sahaja.

Setiap permainan terdiri daripada 10 pusingan (frame) dan jumlah mata dikira berdasarkan pin yang jatuh.

Iklan

Istilah dalam boling adalah strike bermaksud semua pin jatuh dengan sekali balingan, manakala spare merujuk kepada semua pin yang jatuh selepas dua kali balingan.

Tip bermain boling untuk anak istimewa

Iklan

1. Gunakan bola ringan

Pilih bola yang lebih kecil dan ringan agar mudah dipegang serta digolekkan tanpa membebankan otot.

2. Alat bantuan lorong (bowling ramp)

Gunakan ramp atau landasan khas supaya bola dapat digolek dengan lebih stabil iaitu lebih sesuai untuk pelajar istimewa yang sukar menghayun tangan.

3. Teknik asas tanpa tekanan

Fokus kepada keseronokan bermain berbanding skor. Bagi anak-anak istimewa, pengalaman mencuba itu lebih utama daripada keputusan.

4. Latihan berulang dan sabar

Ulang langkah yang sama perlahanlahan. Sikap yang berterusan dapat membina keyakinan dan meningkatkan fokus pelajar.

5. Sokongan rakan dan guru

Sorakan kecil atau tepukan semangat memberi motivasi besar. Ia membantu mereka rasa diterima dan dihargai.

6. Waktu bermain lebih singkat

Elakkan sesi terlalu lama agar pelajar tidak cepat penat atau hilang tumpuan.

7. Raikan setiap kejayaan

Walau hanya satu pin jatuh, penonton digalakkan untuk meraikannya. Penghargaan kecil memberi impak besar dalam membina semangat mereka.