Kentang goreng, burger, sosej antara 12 jenis makanan & minuman dilarang jual di sekolah!

Iklan
12 senarai tersebut merangkumi pelbagai kategori makanan dan minuman yang tinggi gula, garam, lemak serta berpotensi memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Foto: Facebook KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan 12 jenis makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada cara berterusan kerajaan untuk memastikan murid-murid dapat mengamalkan tabiat pemakanan sihat serta mendapat tumbesaran optimum sepanjang tempoh persekolahan mereka.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran rasmi di laman Facebook KPM, 12 senarai tersebut merangkumi pelbagai kategori makanan dan minuman yang tinggi gula, garam, lemak serta berpotensi memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

1) Peraturan Makanan 1985

Iklan
  • Makanan luput tarikh
  • Makanan berbentuk permainan

2) Makanan diproses

  • Kentang goreng, burger, sosej, nugget, lok cheng dan lain-lain
  • Bebola ikan/ayam/daging sebagai snek (bukan dalam masakan)

3) Makanan ringan/junk food

Iklan
  • Extruded snacks (potato chips, prawn crackers dan lain-lain)

4) Gula-gula dan coklat

5) Makanan dijeruk

6) Makanan berkrim/bersalut gula

7) Produk segera - Mi, bihun, ramen, kuetiau, bubur nasi, sup segera dan perencah

8) Produk konfeksi ais dan aiskrim

9) Minuman topping/campuran manis kordial, flavoured syrup, krimer, serbuk 3 ini 1, whipping cream

10) Minuman tenaga/isotonic/herba berperiasa, berkarbonat, berbuah (