UPM anjurkan MIHREC 2025, perkasa industri halal negara

Iklan
Dr Ahmad Farhan

Sejajar hasrat negara untuk memartabatkan industri halal di Malaysia, satu inisiatif diambil oleh Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila menganjurkan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan & Pendidikan Halal Malaysia (MIHREC 2025) di Putrajaya. 

Penganjuran MIHREC 2025 itu berjaya menghimpunkan lebih 200 peserta terdiri daripada penyelidik, ahli akademik, pemain industri dan penggubal dasar dari dalam serta luar negara.

Iklan
Iklan

Menurut Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, MIHREC 2025 berjaya mencapai objektif apabila satu resolusi dihasilkan bagi diserahkan kepada pihak kerajaan dan Institut Piawaian dan Metrologi bagi Negara-Negara Islam (SMIIC).

"Penyerahan Resolusi MIHREC 2025 ini membuktikan bagaimana idea serta komitmen bersama dapat diterjemahkan menjadi panduan tindakan untuk pemegang taruh di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah IPPH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MIHREC 2025, Profesor Dr Awis Qurni Sazili berkata, hasil resolusi itu juga adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

"Resolusi ini bukan sekadar rangkuman pandangan, tetapi juga cadangan inisiatif berasaskan data untuk pelan tindakan yang selaras dengan RMK13.

Iklan

"Malah ia juga selari dengan Halal Industry Master Plan 2030 (HIMP2030) dan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP2030). Jika dilaksanakan, Malaysia berpotensi menjadi pusat rujukan global halal yang disegani," kata Awis.

Antara cadangan transformasi yang dikemukakan dalam resolusi ini termasuk menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia sebagai badan penyelaras tunggal dan mewujudkan perundangan bagi mengawalselia industri halal.

Dua lagi cadangan babitkan transformasi digital ekosistem halal melibatkan proses pensijilan dan kebolehjejakan rantaian bekalan serta pemerkasaan Badan Profesional Halal bagi mengiktiraf dan meningkatkan standard profesional dalam industri.

MIHREC 2025 turut menyediakan peluang penerbitan kertas kerja terpilih di jurnal terindeks di samping menjadi platform jaringan kerjasama antara akademia dan industri.