Kebolehpasaran graduan 100 peratus bukti tiada 'kursus lelong' di UTM

Iklan
Sebahagian pelajar menguruskan pendaftaran pada Ahad.

Pencapaian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang merekodkan kadar kebolehpasaran graduan 100 peratus tahun lalu membuktikan pengajian yang ditawarkan bukanlah kursus yang tidak laku atau 'kursus lelong'.

Naib Canselor UTM, Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim berkata, pencapaian itu membuktikan kursus yang ditawarkan universiti berkenaan khususnya dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi memenuhi keperluan industri semasa.

Iklan
Iklan

"Setiap program perlu melalui kajian pasaran dan menilai keperluan negara. Ini keutamaan kita dalam menawarkan program baharu serta membuat semakan terhadap program sedia ada.

"Jadi saya ingin tekankan di sini, tiada 'program lelong' di UTM seperti yang didakwa di luar sana kerana kebanyakan pelajar yang mendapat tempat di UTM ini adalah pilihan pertama, kedua dan ketiga.

Iklan

Mohd Shafry

"Walaupun ada pelajar yang masuk melalui rayuan atau kemasukan kemudian, ia tetap atas pilihan mereka sendiri. Kita tidak menawarkan tempat kepada pelajar yang tidak memilih UTM. Jadi, tidak wujud 'program lelong' di sini," katanya kepada pemberita.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) 2025 di kampus UTM Skudai pada Ahad yang menyaksikan pendaftaran seramai 3,831 pelajar baharu.

Tambah Mohd Shafry, tenaga pengajar di UTM sentiasa komited memperkasa keberkesanan pengajian melalui proses semakan kurikulum yang dilaksanakan secara besar-besaran setiap lima tahun.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan pengajian yang ditawarkan kekal relevan dengan keperluan masa hadapan.

"Selain itu, pandangan daripada pihak industri turut menjadi rujukan penting dalam usaha penambahbaikan program yang dijalankan di UTM secara berkala," katanya.