Graduasi IMPAK raikan kejayaan lebih 80 ibu bapa di Kuala Lumpur

Iklan
Majlis bersejarah yang berlangsung di Dewan Utama Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak ini menjadi kemuncak pelaksanaan program IMPAK yang melibatkan kawasan Batu, Titiwangsa dan Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Jika kebiasaannya anak-anak yang naik ke pentas graduasi untuk menerima sijil sambil disaksikan ibu bapa dengan penuh rasa syukur dan bangga, kali ini situasi berbeza apabila lebih 80 ibu bapa diraikan dalam Majlis Graduasi Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK).

Majlis bersejarah yang berlangsung di Dewan Utama Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak ini menjadi kemuncak pelaksanaan program IMPAK yang melibatkan kawasan Batu, Titiwangsa dan Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Para ibu bapa yang diraikan telah berjaya menamatkan lapan modul pembelajaran IMPAK dalam tempoh tiga hingga lima bulan, walaupun berdepan cabaran mengimbangi kesibukan kerja dan urusan keluarga.

Program anjuran IKRAM dan Yayasan Ikram Malaysia dengan tajaan penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini memberi fokus kepada pendedahan teknik dan pendekatan sesuai bagi membantu ibu bapa menangani isu pembelajaran serta pembinaan sahsiah anak-anak.

Iklan

Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dalam ucapannya menyifatkan kejayaan para graduan IMPAK sebagai bukti komitmen tinggi ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak.

Iklan

"Majlis graduasi ini wajar diadakan bagi meraikan ibu bapa yang sentiasa komited terhadap pembinaan sahsiah anak-anak dan remaja.

"Ilmu perlu dituntut tanpa mengira usia kerana kejayaan anak-anak bermula daripada kesungguhan ibu bapa mendidik," katanya ketika merasmikan majlis berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin, Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia, Ainullotfi Abdul Latif dan Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim bersama pimpinan kawasan, jurulatih IMPAK, sekretariat serta wakil masyarakat setempat.

Majlis ini bukan sahaja meraikan kejayaan ibu bapa yang berjaya menamatkan modul IMPAK, malah menjadi simbol usaha berterusan semua pihak dalam memupuk budaya ilmu dan memperkukuh peranan ibu bapa sebagai pendidik pertama anak-anak.

Diharapkan ilmu yang diperoleh sepanjang program dapat menjadi pemangkin dalam mencorakkan generasi cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, malah turut terbilang dalam aspek sahsiah dan keperibadian.