Farah Lee, graduan Inha University & University of Leeds, UK! Inilah ikon anak muda

Iklan
Pencapaiannya dalam bidang akademik menjadikan Farah bukan sekadar ikon media sosial, tetapi juga wanita berilmu yang menjadikan pendidikan sebagai tonggak utama kehidupannya. Foto: Instagram @farahlee_

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, 36, terus membuktikan bahawa wanita bukan sahaja mampu menyerlah dalam bidang akademik, malah berperanan besar dalam kerja-kerja kemanusiaan global.

Terbaharu, anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini menjadi antara wakil Malaysia yang mengikuti misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Iklan
Iklan

Misi tersebut turut disertai oleh beberapa figura tanah air antaranya Rahmat Ikhsan (PU Rahmat), Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana), Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Ustaz Mad Kecik (UMK) dan Zizi Kirana.

Dilahirkan pada 12 Mac 1989, Farah merupakan anak keempat daripada lima beradik kepada pasangan Romli Ismail dan Shikin Abdullah.

Iklan

Beliau mula dikenali sebagai penulis blog sebelum meraih populariti sebagai personaliti media sosial.

Namun, di sebalik dunia glamor itu, Farah sebenarnya memiliki latar pendidikan yang sangat mengagumkan.

Iklan

Foto: Instagram @farahlee_

Menerusi pencarian Sinar Bestari di beberapa portal tempatan, Farah memiliki dua ijazah sarjana iaitu Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Inha University, Korea Selatan dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kanak-kanak, University of Leeds, United Kingdom

Pencapaiannya dalam bidang akademik menjadikan Farah bukan sekadar ikon media sosial, tetapi juga wanita berilmu yang menjadikan pendidikan sebagai tonggak utama kehidupannya.

Di sebalik kejayaan akademik itu, Farah tidak pernah lupa mengangkat peranan anak perempuannya, Maream Esabel, yang menjadi sumber kekuatan utama sepanjang pengajian.

"Maream anak yang penyabar dan sentiasa menyokong saya dalam usaha menuntut ilmu sehingga tamat pengajian.

"Alhamdulillah Maream, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka membantu dan tabah.

"Kejayaan ini adalah untuk kamu Maream," luahnya yang ketika itu bergelar seorang ibu tunggal.

Foto: Instagram @farahlee_

Farah yang kini bergelar isteri kepada Fuad Hashim, seorang atlet sukan kuda lasak, dilihat sebagai ikon wanita genius yang berani menabur bakti di medan kemanusiaan.

Tahniah daripada kami di Sinar Bestari. Semoga Farah terus diberikan kekuatan untuk melaksanakan misi besar demi kesejahteraan umat manusia serta menjadi inspirasi buat para pelajar dalam menuntut ilmu.

Foto: Instagram @farahlee_